Device Contact / Device Sync #
Jika anda ingin menggunakan maklumat contact yang ada di dalam Whatsapp, anda boleh import masuk ke dalam Device Contact
Untuk melakukan proses tersebut, anda perlu memastikan sambungan instance sedang aktif, dan klik pada butang Sync Now. Tempoh muat naik contact daripada device ke sistem bergantung kepada jumlah contact yang ada.
All Contacts #
Setelah selesai sync contact ke dalam sistem, anda kini boleh melihat senarai contact di bahagian All Contacts.
Create Lead Group #
Lead Group merupakan senarai rekod prospek yang di simpan mengikut kumpulan-kumpulan atau kategori tertentu. Pengumpulan data ini sangat penting di dalam membantu anda menguruskan prospek-prospek business.
Untuk membuat Lead Group sangat mudah, kik pada menu Contact management > Create Lead Group
Group Name – Label / Kategori Lead Prospek
Device Permission – Tetapan device yang dibenarkan untuk mengakses Lead Group
Label Color – Warna Label
View Lead Groups #
Di bahagian senarai Lead Group, terdapat maklumat seperi Group name, Devices dan Total. Untuk melihat senarai contact (Prospect) di dalam Lead Group, sila klik pada butang View.
Untuk mengemaskini maklumat Lead Group, klik butang Edit. Sekiranya mahu membuang Lead Group anda boleh klik pada butang Delete. Jika anda menghapuskan Lead Group, semua contact yang ada di dalamnya juga akan dihapus bersama.
Contact (Prospect) List #
Di bahagian Contact List, anda boleh memasukkan senarai contact secara manual ataupun dengan import masuk data menggunakan file Microsoft Excel. Jika anda mempunyai intagrasi dengan Woocommerce & Bizapp, anda boleh import contact menggunakan butang Import from Plugin.
Ciri menarik yang kami tawarkan adalah data storage yang flexible. Anda boleh menambah Contact Fields mengikut kesesuaian Lead Objective. Semasa import masuk ke dalam sistem, semua field yang ditetapkan di dalam file Excel akan dijadikan sebagai contact field.
Ianya sangat berguna sekrinya anda ingin menyertakan maklumat tambahan semasa proses Broadcasting Message.
Untuk memuat turun data yang ada, anda boleh klik pada butang Export Contacts. Jika tidak pasti format rekod data di dalam file Excel, anda boleh Download Excel Sample Format.
Manage Contact Field #
Secara asas, 2 maklumat wajib untuk Lead Contact ada Phone dan Name. Anda boleh menambah atau membuang field yang lain dengan klik pada butang Delete. Namun demikian, 2 field utama ini tidak boleh diubah dan dihapuskan
Edit Contact #
Setelah menambah maklumat tambahan pada contact field, anda boleh mula kemaskini senarai contact dengan mengemaskini secara manual atau melalui Import from Excel