WsapMe Chatbot (Form Builder for LiveChat)

Ini adalah modul terbaru di mana anda boleh membina Magic Reply di dalam LiveChat menggunakan Form Builder yang sama.

Berbeza dengan Form Reply, Magic Reply digunakan oleh team atau staff untuk menghantar mesej dalam format yang tersusun.

Magic Reply tidak perlu di daftarkan di dalam Menu Reply kerana ia hanyalah borang yang membantu anda memasukkan data entry dan kemudian dihantar ke menggunakan LiveChat.

Untuk membuat Magic Reply, anda harus menanda (tick) button Convert to Magic Reply in LiveChat.

Seterusnya, masukkan mesej berkaitan dengan borang yang hendak digunakan.

Terdapat fungsi Formula disertakan dan anda perlu menggunakan Field Name khusus sahaja untuk pengiraan secara auto.

QuantityPriceTotal
quantity, kuantiti, qtyprice, hargatotal, jumlah, amount

Menghantar Magic Form di LiveChat

  1. Klik Contact yang hendak dihantar
  2. Klik butang Menu (3 garis melintang) di bahagian kanan atas LiveChat
  3. Pilih borang yang telah dibina sebelumnya
  4. Isikan maklumat dan klik butang Send Form, Chatbot akan menghantar mesej dalam format yang formal ddan kemas kepada contact (customer)

DATA ENTRY

Kelebihan menggunakan Magic Form ini adalah semua data yang dihantar akan disimpan sebagai rujukan dan followup

Powered by BetterDocs