Untuk menyambungkan Web Whatsapp anda kepada WsapMe (BotKu) sangat mudah.
Terdapat 5 butang kawalan iaitu
Klik pada gambar QR Code yang bertanda (1) di rajah atas. Sistem akan generate QR Code seperti contoh di bawah. Buka aplikasi Whatsapp anda dan pilih Link Device untuk scan.
Lihat video ini untuk cara scan QR Code daripada aplikasi Whatsapp
Setelah berjaya scan QR Code, anda akan dihubungkan kembali ke Dashboard Device
Selain daripada butang kawalan device, terdapat maklumat penting yang anda perlu tahu seperti berikut:
Untuk menguruskan setiap device dan membuat tetapan, sila klik pada butang View
Bagi memudahkan anda mengawal sesi penggunaan WsapMe (BotKu), kami menyediakan pilihan untuk Disconnect dan Reconnect.
Fungsi ini sangat penting sekiranya terdapat masalah teknikal atau terputus hubungan dengan aplikasi whatsapp. Oleh kerana WsapMe bergantung sepenuhnya kepada kestabilan sambungan internet yang ada pada telefon pengguna, kami sentiasa menyarankan agar anda kerap menyemak aplikasi Whatsapp dari semasa ke semasa dan memastikan akses WsapMe ke Whatsapp tidak terputus.
Jika berlaku, sistem WsapMe akan cuba untuk menyambung semula secara automatik sebanyak 10 percubaan. Jika percubaan ke 10 gagal, sistem akan disconnect secara auto.
Oleh itu, anda perlu Reconnect semula untuk menghidupkan instance anda.
Anda juga perlu Reconnect semula WsapMe sekiranya anda menukarkan lokasi server yang baru. Jika anda menggunakan Web Whatsapp, WsapMe akan disconnected secara auto dan anda perlu reconnect semula untuk membolehkan instance berfungsi dengan baik.
Setiap kali anda link device atau membuat pertukaran No Whatsapp, anda perlu menekan butang Clear Cache ini. Ianya membolehkan sistem menerima kandungan chat & message yang terkini setelah menghapuskan kandungan yang lama.
Selain itu, jika terdapat masalah di mana messej gagal diterima dan dihantar dengan sempurna, anda juga perlu reset semula instance dengan cara menghapuskan cache yang ada.
Untuk amalam terbaik kami menyarankan anda menghapuskan cache setiap hari kerana cache yang tidak buang akan menyebabkan prestasi sistem menurun kerana menyimpan terlalu banyak mesej dan media.
Jika anda menggunakan Wsapme (BotKu), anda hanya perlu melakukan QR scan sebanyak satu kali dan boleh menggunakan sesi instance tanpa perlu scan QR Code setiap kali login ke sistem.
Untuk berhenti daripada menggunakan instance secara sementara, sila gunakan fungsi Disconnected kerana ianya tidak memerlukan anda scan semula jika ingin Reconnect semula.
Namun demikian, anda perlu melakukan scan QR Code selepas anda menekan butang Unlink. Fungsi ini akan menghapuskan sesi WsapMe yang ada pada aplikasi Whatsapp anda.
Powered by BetterDocs