Manage Team / Staff

Anda boleh membuat Sub Account untuk team atau staff mengakses Wsapme CRM. Terdapat 2 jenis akses yang ada iaiatu user level dan admin level.

Bergantung kepada Pelan Langganan anda, had maksima pengguna seperti berikut

  • Trial – 5 users
  • Basic – 5 users
  • Professional – 10 users
  • Premium – 15 users
  • Business – 25 users

Create New User #

Setiap Username adalah unik, Password permulaan di generate secara auto bersama dengan Login email dan Mention Name.

Sebagai contoh, jika anda memilih username nabilah, berikut adalah maklumat yang ditetapkan oleh sistem

  1. Loginnabilah@wsapme.com
  2. Mention Name@nabilah

Kemudian, sila masukkan maklumat No Whatsapp team atau staff. No Whatsapp ini akan digunakan oleh WsapMe (BotKu) untuk sebarang notifikasi daripada instance.

Jika anda memasukkan maklumat Signature, ianya akan disertakan pada setiap mesej yang dibalas oleh team. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda perlu Enable kan signature.

Terdapat 2 level user iaiatu Staff dan Admin. Jika anda memilih akaun Admin, staff/team diberikan akses sama seperti pemilik akaun. Untuk level Staff, pengguna akaun terhad kepada fungsi-fungsi asas sistem.

Anda juga perlu memilih instance yang akan diberikan akses untuk akaun tersebut. Jika terdapat lebih dari 1 instance, anda boleh menetapkan kebenaran akses pada mana-mana instance.

Setelah selesai, sistem WsapMe akan menghantar maklumat akaun baru ke No Whatsapp staff / team. Staff tersebut boleh log masuk ke dalam sistem melalui panel Staff Login

Manage Team (User) #

Untuk mengemaskini maklumat team, anda boleh klik pada menu Support Team > Manage Team

Di bahagian ini, anda boleh melihat senarai team (user) yang telah didaftarkan. Maklumat seperti kebenaran mengakses device (instance) boleh dilehat dengan jelas.

Untuk mengemaskini maklumat atau menukarkan kebenaran, sila klik butang Edit.

Jika ingin memadam akaun, sila tekan butang Delete. Akaun yang telah dibuang tidak boleh dikembalikan semula. Anda perlu melakukan proses mendaftarkan semula seperti sebelum nya.

Powered by BetterDocs