Wsapme Chatbot (Menu Reply & Auto Reply)

WsapMe (BotKu) menyediakan simple Chatbot untuk memudahkan anda menguruskan client. Terdapat 3 bahagian utama dalam modul Chatbot iaitu

  1. Menu Reply
  2. Auto Reply
  3. Form Reply (Form Builder)

Menu Reply #

Menu Reply merupakan komponen utama dalam sistem Chatbot WsapMe. Ia berfungsi untuk mengaktifkan soalan atau jawapan yang akan dihantar oleh Chatbot.

Terdapat banyak jenis mesej yang boleh dihantar kepada client seperti:

Text Message

Ini adalah medium paling asas yang paling biasa digunakan oleh chatbot di dalam pasaran. Ia akan menghantar mesej berbentuk teks seperti ayat kempen, alamat & lokasi perniagaan, waktu pejabat dan sebagainya.

Image

Chatbot juga boleh menghantar gambar. Jika anda melanggan pelan Basic & Professional, hanya 1 gambar bagi 1 reply. Jika anda melanggan pelan Premium, Business & Ultimate chatbot boleh menghantar banyak mesej bergambar secara berturutan.

Image with Caption

Berbeza dengan Image Message, fungsi Image & Text membolehkan chatbot menghantar mesej beserta caption. Namun fungsi ini hanya boleh menghantar 1 gambar & mesej bagi setiap reply

Send PDF

Anda boleh menghantar file PDF melalui chatbot

Forward Message

Forward Message membolehkan Chatbot menjadi perantara diantara client dan staff yang berada diluar daripada sistem. Apabila client menaip @nama_team sebagai contoh, sistem akan memulakan sesi chat client dan team yang terlibat. Semua mesej yang dihantar oleh client akan di forward kepada No Whatsapp team melalui Chatbot. Team tersebut akan reply ke Chatbot seterusnya akan di forward semula ke client.

List Message

List Message merupakan mesej berbentuk pilihan jawapan yang dipaparkan seperti Dropdown Menu. Ciri ini pada masa sekarang hanya boleh dihantar menggunakan akaun Whatsapp biasa dan tidak boleh menggunakan akaun Whatsapp Business. Namun ianya boleh digunakan selepas versi Whatsapp MD dikeluarkan dalam masa akan datang.

Button Message

Ciri paling menarik yang hanya ada pada WsapMe sekarang adalah keupayaan menghantar Button Message kepada client anda. Ianya memberikan kelebihan kepada anda dalam membantu cient memberikan jawapan daripada pilihan yang disediakan. Pada masa ini ianya terhad kepada 3 butang pilihan.

Button Message + Image

Anda juga boleh menyertakan gambar pada Button Message yang akan menyerlahkan lagi cara penyampaian message anda kepada client. Mesej ini hanya boleh dihantar melalui WsapMe CRM dan tidak terdapat pada aplikasi Whatsapp dan juga Web Whatsapp.

Order Message / Tracking

Ini adalah fungsi terbina yang menyokong beberapa aplikasi luaran seperti Woocommerce dan juga Bizapp. Mesej ini akan diuruskan secara automatik oleh WsapMe CRM kepada pelanggan anda. Anda hanya perlu menetapkan keyword arahan untuk diaktifkan sahaja.

Form Message

Ciri unik yang hanya ada pada WsapMe adalah keupayaan menyokong mesej berbentuk borang. Jika diaktifkan, ianya akan membuat sesi soalan kepada pelanggan anda, sehingga semua soalan dijawab Chatbot akan memproses maklumat yang telah dimasukkan oleh pelanggan anda. Sistem akan menyimpan jawapan dalam bentuk data entry seperti Google Form di mana anda boleh download file format Microsoft Excel. Selain itu anda jugak boleh meletakkan Webhook URL sekiranya mahu menghantarkan data ke pautan sistem luaran.

Webhook

Untuk kawalan tersendiri, anda boleh meletakkan Webhook URL di mana anda boleh membuat function khusus untuk memproses setiap mesej yang masuk. Jika anda menggunakan fungsi ini, anda perlu menggunakan module REST API yang disediakan oleh WsapMe.

Hello World! Your 1st Chatbot #

Ikuti langkah-langkah yang kami buat untuk membina chatbot pertama anda menggunakan WsapMeMenu

WsapMe Chatbot > Menu Reply > New Command

  1. Command Type : Text
  2. Menu Name : Anda boleh menggunakan 3 simbol command iaiatu #(Hashtag) /(Slash) dan @ (At Sign) diikuti dengan Nama Menu (Command)
  3. Reply Text : Mesej yang akan dihantar oleh chatbot kepada penerima. Anda boleh menggunakan format seperti dalam contoh untuk menebalkan tulisan, tulisan condong dan strike. Anda juga boleh copy & paste imoji icon
  4. Device Selection : JIka anda mempunyai lebih dari 1 instance, anda boleh menetapkan penggunaan menureply ini pada device yang kita mahukan
  5. Default Menu : Ini adalah tetapan Home Menu yang akan digunakan oleh sistem untuk redirect chatbot. Fungsi ini hanya digunakan oleh WsapMe system sahaja. Anda boleh abaikan fungsi ini.
  6. Save : Untuk meyimpan Menu Reply, sila klik butang Save.
  7. Existing Menu : Papapran Menu Reply yang telah dibina sebelumnya akan di papar kan di sini untuk memudahkan anda membuat cross references.

Cara menggunakan Menu Reply

Setelah selesai membuat Menu Reply pertama, anda kini boleh menggunakan sebagai Quick Reply di dalam LiveChat WsapMe seperti contoh di bawah. Gunakan Right Click pada Desktop atau Tekan selama 2 saat pada Mobile Phone

Menghantar Image Message (Mesej Bergambar)

Untuk menghantar mesej bergambar, terlebih dahulu anda perlu memasukkan gambar-gambar yang ingin dihantar ke dalam File Manager

Buatkan satu folder bernama test dan upload beberapa gambar untuk tujuan percubaan

Ulangan kaedah yang sama seperti sebelum ini dengan menggunakan Command Type : Image with Caption

Setelah anda memilih option ini, anda kini boleh memilih untuk menggunakan gambar daripada File manager yang telah dimasukkan sebelumnya

Button Message

Untuk menyediakan Button Message, anda perlu menggunakan format khusus seperti contoh di bawah.

  1. Button Id (command) – Merujuk kepada Menu Reply yang hendak dihantar (yang telah dicipta sebelumnya)
  2. Separator ( – ) Wajib tidak boleh menggunakan simbol yang lain [space – space]
  3. Button Name – Nama Button yang adakan dipaparkan pada message

Jika anda telah membuat tetapan secara betul, ianya akan dihantar seperti contoh berikut. Terdapat perbezaan antara paparan LiveChat WsapMe dan Aplikasi Whatsapp Pengguna. Pada paparan Livechat, fungsi butang jawapan telah dimatikan dan ianya tidak membenarkan chatbot menekan butang jawapan bagi pihak penerima.

Auto Reply #

Fungsi Auto Reply adalah untuk memastikan Menu Reply dihantar secara auto apabila terdapat mesej yang diterima memenuhi kreteria yang ditetapkan oleh Auto Reply

Exact Match – Basic Auto Reply

Basic Auto Reply adalah cara paling mudah untuk mengaktifkan Menu Reply yang telah dibina sebelumnya. Contoh di atas adalah penggunaan basic. Chatbot akan menghantar Botton Message (/button) kepada client yang telah menaip ayat “Hi! saya nak info tentang produk

Anda cuma perlu memilih Apply Rule : Exact Match

Dengan kaedah ini Chatbot hanya akan reply jika mesej yang diterima adalah 100% sama dengan Keywords yang ditetapkan. Ianya berguna bagi anda yang inginkan pelanggan memulakan conversation yang datang daripada Website.

Scoring System – Advanced Auto Reply

WsapMe tidak menggalakkan penggunaan scoring kerana ianya di tapis secara manual dan memerlukan kreativiti anda untuk melatih bot supaya dapat mengenalpasti mesej dan membuat scoring yang menetapi objektif yang anda inginkan.

Formula pengiraaan markah adalah daripada 0 – 10. 0 bermaksud jika mana-mana perkataan mengandungi keyword yang di set sebagai 0 akan di kira sebagai 0%

Sebaliknya markah 1 hingga 10 adalah berdasarkan kepada pentignya keyword yang hendak diambilkira. Seperti contoh dia atas, Objektif contoh Auto Reply di atas adalah untuk mengaktifkan Auto Replys sekiranya mesej yang diterima bertanya tentang status barang yang dibeli.

Jika markah yang diberikan oleh Chatbot melebihi 50%, maka Chatbot akan membalas secara auto. Jika kurang ia akan mengabaikan.

Untuk memastikan accuracy Chatbot, anda perlu mengubah jumlah markah bergantung kepada hasil ujian yang dibuat. Dari masa ke semasa, jika terdapat mesej pelanggan yangtidak dijawab, maka anda boleh mangambil mesej tersbut untuk dijuji dan diubahtambah atau dibuang keyword mengikut kesesuai dan objektif yang hendak dicapai.

Untuk fungsi Auto Reply yang lebih efisyen, kami menggalakkan anda menggunakan webhook dan menapis sendiri menggunakan 3rd party chatbot di mana banyak produk di luar yang boleh menapis dan membuat penilaian data yang lebih berkesan seperti Uchat, Chatfuel, Dialogflow dan sebagainya.

Powered by BetterDocs