Kami menyediakan ruangan storage dengan had sebanyak 1 GB bagi setiap user. File Manager ini bagi memudahkan anda menyimpan media-media yang seringkali digunakan untuk dihantar kepada pelanggan. Selain memastikan akses kepada media secara consistent ia juga mengelak daripada sebarang kesilapan semasa penghantaran mesej.
Anda boleh menyusun fail-fail seperti gambar, pdf dan sebagainya dengan membuat folder khusus.
Jika anda menggunakan module Menu Reply dan Broadcast Message, penyimpanan media di File Manager adalah wajib. Sistem hanya akan menggunakan media yang terdapat pada local storage untuk kalancaran penghantaran mesej.
Bagi anda yang menggunakan REST API di mana anda menghantar media yang berada di luar dari sistem, kami menggalakkan anda menggunakan File Manager.
Untuk upload file ianya sama seperti anda anda upload file menggunakan Gmail dan perkhidmatan storan yang lain.